![]() |
| Kredit Foto: Thelovelylemon.blogspot.com |
Sumpahan itu menyebut, "...sumpahan ini akan jatuh kepada anak perempuan pertama lahir dalam keluarga ini. Ia hanya akan hilang apabila dia disayang tanpa taranya oleh kaumnya sendiri..."
Lalu, bagi merungkai sumpahan itu, ibunya mencarikan jodoh buat Penelope tanpa henti-henti. Ibunya percaya, apabila Penelope berkahwin dengan Prince Charming keturunan bangsawan, wajah Penelope akan menjadi manusia semula.
![]() |
| Lelaki "bangsawan" dan Penelope bermain catur di antara cermin. Akhirnya, mereka sama-sama menemui "diri" mereka sendiri. Kredit Foto: Rebecca F. Bernstein |
Kemudian, mereka pun hidup bersama, happily ever after...
Adakah begitu pengakhirannya?
Sebenarnya, perkara yang berkesan dalam hati saya, adalah bagaimana akhirnya Penelope bertukar menjadi manusia semula. Jawapannya, tetap ada dalam diri Penelope, dan juga mesej keseluruhan filem ini, iaitu...
"Bahagia itu datang apabila kita gembira menjadi diri kita sendiri."
Serentak itu juga, saya terfikir, kisah "The Ugly Duckling", sebuah cerita pari-pari lama dahulu ditulis Hans Christian Andersen. Bagaimana kalau kita ceritakan semula kisah ini, dengan akhirnya, anak itik itu masih seekor itik, bukan swan? Tentunya, itik yang gembira menjadi seekor itik.
Waida Yusof
Penulis Fantasi Kembara
April 2011


No comments:
Post a Comment