Jan 30, 2011

Seputar Terjemahan Karya Sastera

Hari ini, saya menghadiri taklimat Terjemahan Karya Sastera PTS.

Kredit Gambar:  TopTenz
Guru kami, Puan Ainon melontarkan persoalan buat kami berfikir.

"Apakah karya klasik asing itu diterjemah kepada Bahasa Melayu moden atau Bahasa Melayu klasik? 


Lalu, ia akan menjadi sastera klasik atau sastera moden?"

Kongsi Puan Sifu, andai kita ber"perang" tentang mana satu teori lebih bagus, kita tidak ke mana-mana.

Lalu, jawapannya, lihat kembali apakah tujuan kita menterjemah itu.

Mahu memandaikan bangsa? Atau, ...

Lihat kembali apakah ideologi atau falsafah di sebalik tujuan kita.

Dan, pilih jawapan sendiri mengikut ideologi...

Waida Yusof, Jan 2011

Jan 17, 2011

Interteks: Biar kena pada tempatnya

Julia Kristeva, filosofi dari Barat memperkenalkan Teori Interteks. Iaitu, teks yang wujud daripada teks. Ia boleh juga datang daripada gambar dan muzik juga.

Contoh: 
Buku AinMaisarah terbaru berjudul "Cinderellah Vs Rapunzellah" akan terbit Mac 2011 ini.

Apa yang terlintas di minda Tuan Puan itulah, interteks. Interteks wujud selepas membaca judul buku di atas.

Hari ini, saya terjumpa kedai comel berwarna biru ini ketika memandu.


Agak-agaknya, apakah jenis bisnes Home Mart ini?

Waida Yusof, Jan 2011

Jan 10, 2011

Dalam Tulisan Ada Sinar

"Dalam tulisan ada sinar..."

Falsafah penulisan saya (pada masa ini).

Inspirasi menonton cerita Rapunzel - A Tangled Tale tadi terbitan Disney. Sukanya saya menonton cerita sebegini. Cerita bukan fantasi tipikal.


(Foto diambil dari sini)

Tabik kedua selepas Anastasia. ^__________^ (Senyum lebar punyaaaaa)

Watak kegemaran saya dalam filem ini adalah....

..........
.......
....
..

Bukan Flynn Rider (walaupun dia kacak...)

Bukan Rapunzel (walaupun dia cool...)

Bukan juga Maximus (walaupun perangainya kelakar...)

Pemenangnya adalah...

      (Foto diambil dari sini)


Pascal!! ^__^

Penulis skrip ini pandai memanipulasi kebolehan utama sesumpah ini dengan baik. Kebolehan sesumpah adalah bertukar warna mengikut persekitarannya. Tabik sekali lagi!!

Pelajaran hari ini: Ketika menulis cerita fantasi, manipulasi dan tonjolkan kebolehan utama binatang.

Waida Yusof, Jan 2011
"Dalam tulisan ada sinar"

Jan 8, 2011

Hadirkan Diri Seratus Peratus

Penumpuan Penuh

Teori diajar Profesor Morrie. Kata beliau, manusia seringkali tidak berada sepenuhnya pada satu-satu masa dan tempat. Kita sentiasa berfikir 2,3 benda dan tidak fokus sepenuhnya kepada apa kita buat.

Malah, kita seringkali tidak benar-benar "hadir" ketika berbual dengan orang kita sayang.

Saya teringat-ingat perkara ini ketika melawat bapa saudara di Hospital Besar Kelang. Kasihan melihat beliau yang di dalam ICU. Kritikal keadaannya. Semoga ibu saudara dan sepupu-sepupu saya bertabah. Semoga Tuhan memberkati mereka semua. Amin.

 Kita tidak tahu bilakah hari terakhir kita. Kita juga tidak tahu bilakah hari terakhir orang tersayang kita. Mungkin kita harus praktis meng"hadir"kan diri pada apa kita lakukan. Selagi kita masih ada peluang dan ruang...

Waida Yusof, Jan 2011

Jan 7, 2011

Hari "Jumaat" Bersama Profesor Morrie

Tajuk asalnya, Tuedays With Morrie, atau Selasa bersama Profesor Morrie. Namun, saya membacanya hari ini, sempena saya duduk di rumah (baca: cuti sakit) kerana sakit gigi. Jadilah, Hari Jumaat Saya Bersama Profesor Morrie....

Kata ketua baru saya, "Saya lebih rela sakit di bahagian lain, kecuali sakit gigi."

>_<
Beginilah perasaan saya sejak malam tadi, sebelum tidur.

T_______T
Begini pula perasaan saya pagi tadi sehingga ubat penahan sakit menampakkan kesan.


Tiba-tiba, sudah menyimpang jauh.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi petikan entri dari buku "Selasa Bersama Profesor Morrie".

"Kadang-kadang kamu tidak percaya dengan apa yang kamu lihat, kamu perlu percaya dengan apa kamu rasa. Dan, jika kamu mahu orang lain mempercayai kamu, kamu mesti merasa yang kamu juga mempercayai mereka - walaupun kamu dalam kegelapan. Walaupun ketika kamu sedang jatuh."


Waida Yusof, Jan 2011

Jan 5, 2011

Perlahankan Hidup Kita

Minggu ini saya menguliti buku "Biografi Muhammad Bin Abdullah", terbitan PTS Islamika.



Saya suka satu perenggan dalam buku ini.


"Menggembala kambing adalah kerja nabi-nabi. Apakah kelebihannya? Para ulama cuba mencungkil kelebihan-kelebihannya. Mereka berkata, "Orang yang menggembala kambing selalu berada di padang pasir. Ini menyebabkan dia selalu bersendirian. Orang yang selalu bersendirian mempunyai banyak masa berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan di langit, matahari, bulan, bintang, awan dan alam sekelilingnya. Begitu juga akan selalu dapat menilai dirinya. Keadaan ini menjadikan jiwanya bersih dan jernih. Tetapi bagi orang yang hidup di bandar yang sibuk, kehidupan yang sibuk itu tidak memberi ruang kepadanya berfikir, meneliti dan mengkaji apa lagi untuk selalu menilai diri."


Saya bersyukur, Tuhan memberi ruang pergi dan pulang tempat kerja seorang diri. Benar, ia ruang buat saya berfikir.


Saya kini, mahu belajar memperlahankan hidup. Fokus kepada perkara penting dalam hidup.

Waida Yusof, Jan 2011

Jan 1, 2011

Baca Komik Tingkat Skil Menulis

Lewat seminggu dua ini, saya mengulang baca semula komik-komik dalam simpanan. Petang tadi, baru sahaja menghabiskan buku ke-10 Komik Penyiasat Remaja Kindaichi.


Gambar ini diambil minggu lepas. Saya masih membaca buku keempat pada waktu itu.

Apa ada pada komik?
  1. Belajar Teknik Twist & Turn (T&T)
  2. Perhatikan Teknik Cliffhanger
  3. Kaji cara membina karakter watak
Malah, banyak lagi...

Siapa kata membaca komik tidak berguna kepada penulis? ^__^

Waida Yusof, Jan 2011