Nov 21, 2013

Kaitan Langit dan Buku

Saya mencintai langit dan isinya.



Bintang-bintang, bulan dan warna-warna pada langit. Malah, langit itu seolah-olah sebuah kanvas besar ciptaan Tuhan sehingga seringkali saya selitkan #cerita tentang langit atau bintang ke dalam karya.

Misalnya, dalam buku Pengembaraan Empat Puteri, saya selitkan fungsi bintang sebagai penunjuk arah. Semuanya gara-gara terinspirasi dengan kata-kata seseorang.

Kata dia, "Tahukah awak tiga bintang sederet itu selari dengan arah ke Kaabah?"

Waida Yusof,
KL
21 Nov 2013

PS: Nama tiga bintang sederet itu adalah Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Menarik bukan?

PSS: Insya Allah, sebuah lagi buku tulisan saya akan diterbitkan. Ceritanya tentang Puteri Elis yang bercita-cita menjadi seorang ahli kaji bintang :)

Nov 5, 2013

Mencintai Kertas (Semula)

Kali terakhir saya menulis...


(Ya menulis, bukan menaip.)

...mungkin di Tingkatan Lima bagi menjawab kertas Sejarah, Pendidikan Islam atau menulis karangan bagi kertas 2 Bahasa Melayu.

Selepas tamat sekolah, kertas biasanya hanya digunakan sebagai tempat melakar idea.

Namun, dalam usaha mengurangkan "screen time" dan juga "online time" malam ini, saya memaksa diri menulis apa yang terlintas di atas kepala.

Ternyata, saya masih bisa menulis di atas kertas lagi.

Waida Yusof,
5 Nov 2013
KL

Nov 1, 2013

Cerita Tentang Cerita

Kata orang, "Story is King".

Gambar ini juga sudah menjadi sebuah cerita.
Kredit Foto

Ya, cerita adalah raja dan merentasi media.
Cerita juga ada di mana-mana sama ada di dalam buku, komik, game, animasi, lukisan atau apa sahaja.

Cerita yang kuat juga akan kekal di minda dan hati.

Justeru, saya terus teruja sebaik ternampak kursus MOOC (Massive Online Open Course) yang berkaitan dengan aspek #cerita, iaitu

"The Future of Storytelling"


Daftar untuk kursus ini di sini.

Kata Christina dalam salah satu video kursusnya, "Fahami masa lalu cerita dan kita akan tahu apakah masa hadapan cerita."

Bermula 25 Oktober 2013, kursus ini akan dikeluarkan selama lapan (8) minggu berturut-turut dan tamat pada 20 Disember 2013. Setiap kali topik kursus dikeluarkan, akan ada video, kuiz dan tugasan kreatif yang berkaitan dengan topik.

Jumpa di iversity.org! :)

Waida Yusof,
1 Nov 2013
KL