Sep 20, 2012

Matematik dan Bahasa

Matematik dan Bahasa?

Ya, belajar bahasa dan pada masa sama, Matematik juga.

Penemuan ketika sibuk menghafal perkataan bagi menyebut nombor dalam Bahasa Perancis.

Nombor 10 - 60 dalam Bahasa Perancis

10 - Dix
20 - Vangt
30 - Trente
40 - Quarante
50 - Cinquante
60 - Soixante


Saat ini, unsur Matematik-nya belum terserlah.

70 - Soixante-dix

Perhatikan semula perkataan di atas.

Soixante adalah perkataan Perancis bagi nombor 60. Dix pula adalah perkataan bagi nombor 10. Jadi, bagi menyebut nombor 70, hanya tambah 60 + 10, iaitu, gabungkan Soixante dan Dix.

Secara Matematiknya,

60 + 10 = 70

Soixante + Dix = Soixante-dix

Baiklah, sekian rumus Matematik daripada saya :)

(Menaip entri ini, saya langsung teringat kepada rakan saya, Cik Mal)

Waida Yusof,
20 Sept 2012
Kuala Lumpur