Apr 30, 2011

Impian bermula dengan perkara kecil

Dua puluh lima tahun berangan-angan. Lima tahun bercerita "kosong". Tiga tahun merancang dan gagal. Setahun buat sahaja gaya kamikaze. Akhirnya, sehari lagi kami akan bertolak!


Beg Kembara Beli Lima Tahun Lalu


Suka saya mengulang kata-kata seseorang, "Mulakan angan-angan dengan perkara-perkara kecil dahulu. Kejayaan besar bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil."

Tidak terkata perasaan saya pada saat ini. Beg sudah separa dikemas. Tiket akan dicetak. Kot disusun kemas.

Moga-moga saya pulang dengan berjuta-juta idea. Amin!

Waida Yusof,
(Akan) Mei 2011

(Pada saat kalian membaca nota ini, saya mungkin sudah bertolak. Doakan pemergian dan kepulangan saya.) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Apr 26, 2011

Cerita Pari-Pari Islami

Kisah pari-pari apakah yang sering bermain di fikiran kita?

Kredit Gambar: The Independent

Hari ini, saya terbaca posting seorang rakan (selepas diterjemah) yang disalin dari Aidlie,

"Apakah anak-anak akan mendengar bicara kita saat mereka membaca kisah-kisah ini. Tarzan pemakai baju separa, Cinderella yang pulang lewat malam, ditambah pula Pinocchio suka berbohong. Ada lagi kisah Aladin yang mengambil hak orang, juga Batman bak pemandu kereta laju di rali. Tidak lupa juga perihal Snow White yang tinggal bersama 7 lelaki."

Lalu, pilihan kita ada adalah mencari kisah-kisah yang baik buat generasi baru.

Atau, tuliskannya sahaja!

Waida Yusof, April 2011
Penulis Fantasi Kembara

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 masih berlangsung di PWTC. Dapatkan buku "Menjadi Penulis Hebat: Langkah Demi Langkah" sempena stok masih ada.

Apr 17, 2011

Menjadi Diri Sendiri

Kelmarin, saya menonton filem Penelope, kisah seorang wanita bangsawan bermuka khinzir. Dia dilahirkan sebegitu akibat terkena sumpahan sejak turun-temurun ke atas moyangnya.

Kredit Foto: Thelovelylemon.blogspot.com

Sumpahan itu menyebut, "...sumpahan ini akan jatuh kepada anak perempuan pertama lahir dalam keluarga ini. Ia hanya akan hilang apabila dia disayang tanpa taranya oleh kaumnya sendiri..."

Lalu, bagi merungkai sumpahan itu, ibunya mencarikan jodoh buat Penelope tanpa henti-henti. Ibunya percaya, apabila Penelope berkahwin dengan Prince Charming keturunan bangsawan, wajah Penelope akan menjadi manusia semula.

Lelaki "bangsawan" dan Penelope bermain catur di antara cermin.
Akhirnya, mereka sama-sama menemui "diri" mereka sendiri.
Kredit Foto: Rebecca F. Bernstein

Kemudian, mereka pun hidup bersama, happily ever after...
Adakah begitu pengakhirannya?

Sebenarnya, perkara yang berkesan dalam hati saya, adalah bagaimana akhirnya Penelope bertukar menjadi manusia semula. Jawapannya, tetap ada dalam diri Penelope, dan juga mesej keseluruhan filem ini, iaitu...

"Bahagia itu datang apabila kita gembira menjadi diri kita sendiri."

Serentak itu juga, saya terfikir, kisah "The Ugly Duckling", sebuah cerita pari-pari lama dahulu ditulis Hans Christian Andersen. Bagaimana kalau kita ceritakan semula kisah ini, dengan akhirnya, anak itik itu masih seekor itik, bukan swan? Tentunya, itik yang gembira menjadi seekor itik.

Waida Yusof
Penulis Fantasi Kembara
April 2011

Apr 12, 2011

Daripada Pembaca Menjadi Penulis

Alhamdulillah. Malam ini saya me"lihat" khabar gembira di Facebook. Terima kasih kepada semua tim PTS Pro, terutamanya, Tuan Yusry, Cikpuan Fatin, dan Cikpuan Norfadilawati.

7 Buku Hebat dalam Siri "Daripada Pembaca Menjadi Penulis"

Buku Quantum Writer edisi Melayu

Dapatkan buku terjemahan pertama saya ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC, Insya Allah.

Semoga kalian menikmati buku tulisan Bobbi DePorter ini, sebagaimana saya gembira menterjemahnya.

Waida Yusof, April 2011

Apr 9, 2011

Kisah Orang Kerdil dan Tukang Kasut

Pernahkah mendengar kisah "The Elves and The Shoemaker"?

Cerita pari-pari tulisan adik-beradik Grimm dari Jerman
Kredit Foto: Waiatarua Publishing, NZ
Kisah bagaimana dua orang kerdil membantu Si Tukang Kasut secara senyap-senyap pada waktu malam.

Setiap pagi, apabila Si Tukang Kasut bangun, dia mendapati kasutnya sudah siap dijahit. Perkara ini berlaku sebanyak dua malam berturut-turut. Pada malam ketiga, Si Tukang Kasut dan isterinya, akhirnya, sepakat ingin melihat siapakah yang begitu baik hati membantu mereka.

Kesudahannya, Si Tukang Kasut pula membalas kebaikan "pembantu kecil"nya itu.

(Baca cerita penuh ini di sini)

Hari ini, saya menerima kebaikan yang sama. Bangun sahaja waktu pagi, sudah ada orang menyudahkan kerja saya. (Terima kasih, adikku!)

Kebaikan yang kita terima secara senyap-senyap lebih bernilai harganya...

Waida Yusof,
Penulis Fantasi Kembara,
April 2011

Ilham Menulis

Bilakah ilham menulis itu datang?

Tip yang saya pelajari, ilham itu datang dari sekeliling kita.

Dalam buku Pengembaraan Empat Puteri (akan terbit oleh PTS), latar Hutan Misteria diinspirasikan daripada taman yang saya lalui setiap hari.

Sebahagian daripada pokok yang melatari taman ini
Jadi, mari kita buka mata seluas-luasnya dan lihat bola-bola "ilham" itu di sekeliling kita sahaja!

Waida Yusof,
Penulis Fantasi Kembara,
April 2011