Aug 9, 2014

#Update Stokin Biru Mat Biru - 100 hari

100 hari menuju CCBF di Shanghai.

Sebenarnya, saya tidak sangka projek BBKK Stokin Biru Mat Biru sudah semaju ini.

Rasa sayu dan terharu pun ada apabila mengenang semula perjalanan buku kanak-kanak ini dari sudut belakang tabir.

Pada asalnya, saya hanya buat storyboard versi awal begini yang masih boleh dikira noob andai diikut bahasa komik.

Kemudian, selepas diminta ilustrator (Tn Irfan Foner), barulah saya pandai membuat storyboard begini, inovasi dari kertas stick-it ;)

Lakaran bayangan Stokin Biru Mat Biru oleh penulis

Rasa lucu pun ada melihat gambar ini kerana saya melukis kesemua ini sebenarnya di pusat servis Perodua (baca: bosan menunggu kereta diservis).

Siap satu lakaran, saya tampal di atas sofa, sementara saya melakar lukisan seterusnya.

Dan dari lukisan beginilah, ilustrator kami mula melukis.

Waida Yusof,
9 Ogos 2014
KL