Mar 19, 2014

Kunci Bahasa Itu Mendengar


"Andai mahu belajar bahasa, banyakkan mendengar. Itu sahaja."

Mudah sahaja pesanan Monsieur Hanafi tentang mempelajari bahasa baru. Saya berguru dengan beliau di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Cerita Monsieur lagi, "Saya pernah bekerja dengan orang Itali selama 7 tahun. Pada suatu hari, ketua saya berbincang dengan orang lain dalam bahasa tempatan. Kemudian, beliau bertanya adakah saya memahami apa yang mereka bincangkan dan saya katakan saya faham."

Gembira saya mendengar cerita-cerita Monsieur.

Benarlah sangkaan saya.

Belajar bahasa tidak perlu kepada ujian yang susah-susah.

Juga tidak perlu menduduki kelas mahal-mahal.

Hanya perlu hati yang gembira belajar bahasa baru dan rajin mendengar :)

Waida Yusof,
19 Mac 2014
KL

PS: Suka mendengar lagu Perancis sekarang. Ada masa boleh mendengar lagu Derniere Danse nyanyian Indila, penyanyi dari Perancis.


Mar 16, 2014

AFCC Writers & Illustrators Conference Jun 2014

Pagi ini mendapat khabar baik daripada Nadhirah.

Insya Allah, beliau juga dapat turut serta ke Asian Festival of Children's Content (AFCC) Writers & Illustrators Conference di Singapura.

Tiket 'early bird' dapat dibeli sebelum 31 Mac 2014

Tidak sabar menanti Jun! :)

Waida Yusof,
16 Mac 2014
KL

Mar 9, 2014

BBKK Stokin Biru Mat Biru

Sekitar pembikinan BBKK "Stokin Biru Mat Biru"

Storyboard 'Stokin Biru Mat Biru' dalam pembikinan

Untuk BBKK ini, saya bekerjasama dengan Nadhirah, penulis baru yang berbakat besar :)

Selepas selesai menulis teks, sekarang masa menukarkan teks ke dalam bentuk storyboard.

Apa yang saya belajar daripada Puan Fazeila dari kursuspenulisan.com, storyboard yang baik dapat membantu ilustrator merancang lukisannya.

Baiklah, terus berusaha. 
8 bulan BBKK ke Shanghai!

Waida Yusof,
9 Mac 2014
KL