Dek menghidap
sakit nombor satu orang kota, update
76 hari terus lompat menjadi 41 hari. Namun syukur, saat-saat cemas sudah berlalu.
Sudah tamat zaman sibuk-sibuk melayout, membetulkan ilustrasi, mengubahsuai teks, menyediakan teks BM ke dalam Bahasa Inggeris dan lain-lain perkara lagi selepas operasi melukis.
Paling penting, ketahuilah yang cerita Stokin Biru Mat Biru sudah siap! ^_^v
 |
Kaver Buku Stokin Biru Mat Biru. Insya Allah, pesanan akan dibuka tidak lama lagi
|
Terima kasih atas usaha cemerlang Tuan Ilustrator & Cik Penulis Bersama yang bersama-sama menyiapkan manuskrip pertama dalam siri Mat Biru ini. Juga kepada
Tuan Ejen Literari dan Puan Guru Higher Order Thinking Skills (HOTS).
Baiklah, itu hanya satu dalam berpuluh-puluh siri cerita yang dirancang bersama Cik Penulis Bersama.
Jadi, kami sudah pun memulakan usaha untuk manuskrip kedua dalam siri Mat Biru.
Sekeping gambar ini sebagai teaser.
 |
| Cuba teka apa yang Mat Biru sedang buat? |
Jika buku pertama Mat Biru tentang ke'gila'an Mat Biru kepada stokin birunya, apa pula cerita Mat Biru dalam buku kedua? ;)
Waida Yusof,
9 Oktober 2014
KL