Pages

Showing posts with label China Children's Book Fair. Show all posts
Showing posts with label China Children's Book Fair. Show all posts

Dec 21, 2014

Sebulan Selepas Pesta Buku Shanghai

Aha.

Pesta Buku Kanak-kanak Shanghai sudah sebulan berlalu rupanya. -_-"

Walaupun selepas pesta buku yang gilang gemilang itu, kehidupan kami berjalan seperti biasa (sebenarnya).

Cik Penulis Bersama, saya pasti sibuk dengan kuliah, tugasan kelas, aktiviti persatuan, dan lain-lain. (Ya, Cik Penulis Bersama saya masih menuntut di universiti, dan berusia 19 tahun.)

Saya pula, Cik Penulis juga men"yibuk"kan diri dengan tugasan di pejabat dan aktiviti-aktiviti sampingan di rumah.

Biarpun begitu, hakikatnya, kami tetap (dan berusaha) menulis, insya Allah. Sekarang, kami sedang menyiapkan dua perkara;

1) Manuskrip ketiga Mat Biru, "Tiada Siapa Mahu Stokin Biru".
2) Manuskrip adik Mat Biru, Wawa yang suka mengembara.

Jika cerita Mat Biru yang pertama (Stokin Biru Mat Biru) dan yang kedua (Stokin Biru Mat Biru Tidak Lagi Biru) berkisar tentang Mat Biru dan stokin birunya. Cerita Mat Biru yang ketiga ini pula, kami gunakan konsep cerita ala-ala Star Wars dan Superman.

Buku Mat Biru kedua dan ketiga

Cerita ini adalah flashback ke belakang, iaitu kisah sebelum Mat Biru berjumpa dengan stokin biru :)

Sementara itu, nikmatilah laporan Pesta Buku Shanghai yang diulas dalam TV3.

Laporan pertama pada bulan November 2014.



Waida Yusof,
21 Disember 2014
KL

Sep 2, 2014

#Update Stokin Biru Mat Biru - 76 hari

76 hari menuju China Children's Book Fair (CCBF) di Shanghai.

Selepas storyboarding, proses seterusnya adalah menukarkan lakaran asal Stokin Biru Mat Biru kepada lukisan kasar.

Lihat gambar.

Snapshot draf lukisan yang sudah disediakan Tuan Ilustrator

Kemudian, mana-mana lukisan kasar yang sudah dipersetujui akan mula diwarnakan, seperti yang dikongsi Tuan Irfan di Facebook-nya bulan lalu.

Mat Biru beraksi!

Adakah proses menyiapkan picture book ini sebegitu sahaja?

Rupa-rupanya tidak!

Itu pun kami tahu selepas bertemu Tuan Latfy, ilustrator bagi BBKK Dr. Bubble.

Waida Yusof
2 September 2014
KL

PS: Dr Bubble adalah watak hospital clown yang didukung sahabat saya, Tuan Iskandar Syah bagi menghiburkan kanak-kanak yang sakit di hospital.