Pages

Showing posts with label Ilustrasi Buku Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Ilustrasi Buku Kanak-Kanak. Show all posts

Jan 18, 2015

Kuasa Ilustrasi Atas Sebuah Karya

Saya baru tahu yang filem Jumanji itu berasal dari Buku Bergambar Kanak-kanak (BBKK).

Filem Jumanji tentang dua orang kanak-kanak bermain board game dan tanpa mereka duga, board game itu menjadi realiti.

Apabila dadu mereka mencecah pada situasi yang berkait dengan ular, ular itu betul-betul muncul di rumah mereka!

Filem ini saya tonton ketika masih bersekolah rendah...

dan, apabila sudah dewasa baru, saya tahu yang penulis konten ini adalah Chris Van Allsburg, seorang penulis Amerika dan masih hidup lagi sehingga saat entri ini ditulis.

Buku Jumanji ini juga pernah memenangi anugerah Caldecott.

Kredit Foto: Laman web Chris Van Allsburg

Menghairankan kerana lukisan ini dilukis secara hitam putih sahaja.

Itu dahulu, sebelum saya membaca analisis yang dibuat ke atas lukisan Chris Van Allsburg ini.



Mengagumkan, bukan?

Itulah kuasa ilustrasi ke atas sesebuah karya.

Waida Yusof,
18 Januari 2015
KL

Oct 9, 2014

#Update Stokin Biru Mat Biru - 41 hari

Dek menghidap sakit nombor satu orang kota, update 76 hari terus lompat menjadi 41 hari. Namun syukur, saat-saat cemas sudah berlalu.

Sudah tamat zaman sibuk-sibuk melayout, membetulkan ilustrasi, mengubahsuai teks, menyediakan teks BM ke dalam Bahasa Inggeris dan lain-lain perkara lagi selepas operasi melukis.

Paling penting, ketahuilah yang cerita Stokin Biru Mat Biru sudah siap! ^_^v

Kaver Buku Stokin Biru Mat Biru. Insya Allah, pesanan akan dibuka tidak lama lagi

Terima kasih atas usaha cemerlang Tuan Ilustrator & Cik Penulis Bersama yang bersama-sama menyiapkan manuskrip pertama dalam siri Mat Biru ini. Juga kepada Tuan Ejen Literari dan Puan Guru Higher Order Thinking Skills (HOTS).

Baiklah, itu hanya satu dalam berpuluh-puluh siri cerita yang dirancang bersama Cik Penulis Bersama.

Jadi, kami sudah pun memulakan usaha untuk manuskrip kedua dalam siri Mat Biru.

Sekeping gambar ini sebagai teaser.

Cuba teka apa yang Mat Biru sedang buat?

Jika buku pertama Mat Biru tentang ke'gila'an Mat Biru kepada stokin birunya, apa pula cerita Mat Biru dalam buku kedua? ;)

Waida Yusof,
9 Oktober 2014
KL

Jun 6, 2014

#AFCC2014 - Desain Ilustrasi dan Buku

Saya baru sahaja pulang dari Asian Festival of Children's Content (AFCC) yang berlangsung di Singapura dari 30 Mei ke 4 Jun 2014. Beberapa posting berikut adalah catatan ringkas saya sepanjang AFCC berlangsung. 

#Siri Kuliah Ringkas AFCC 2014

Kredit Foto: Sg.Kidlander.com

Topik: Illustration and Book Design
Panel: Frane Lessac (Ilustrator dari Australia), Dr. Junko Yokota (Profesor Emeritus di Universiti National- Louis, Chicago, Amerika serta Presiden Juri di Pertandingan Ilustrasi Antarabangsa Pulau Nami 2013), Mariko Takagi (Desainer & Penulis)

Antara isi penting dalam aspek mendesain ilustrasi dan buku dari ketiga-tiga panel adalah :-

#1 - Content + Typography + Illustration 

Seni desain buku terbaik terjadi apabila tiga elemen ini digabungkan, iaitu isi (cerita), tipografi (seni tulisan) dan ilustrasi.


#2 - "Kiri ke Kanan"

Apa sahaja yang penting, baik teks atau gambar, letakkan di sebelah kiri.

(Tips ini terpakai bagi format buku dari kiri ke kanan.)


#3 - "Yomaseru" dahulu, baru "Miseru"

Yomaseru adalah 'memberi peluang pembaca membaca' manakala Miseru pula adalah 'menunjukkan'.

Maka, sentiasa mulakan dengan yomaseru disusuli pula dengan miseru.


Jika mengikut pemahaman saya, BBKK "I Want My Hat Back" oleh Jon Klassen ini mengaplikasikan semua konsep ini.

Kredit Foto: Teresa Murfin

1) Gambar ini lebih penting, jadi diletakkan di sebelah kiri.
2) Seni tipografi - Teks dibuat berselang-seli merah bagi membezakan dialog daripada watak berbeza.
3) Beri peluang pembaca 'membaca' gambar, kemudian baru 'menunjukkan' dialog menyokong gambar.

Waida Yusof,
6 Jun 2014
KL