Ya, belajar bahasa dan pada masa sama, Matematik juga.
Penemuan ketika sibuk menghafal perkataan bagi menyebut nombor dalam Bahasa Perancis.
Nombor 10 - 60 dalam Bahasa Perancis
10 - Dix
20 - Vangt
30 - Trente
40 - Quarante
50 - Cinquante
60 - Soixante
Saat ini, unsur Matematik-nya belum terserlah.
70 - Soixante-dix
Perhatikan semula perkataan di atas.
Soixante adalah perkataan Perancis bagi nombor 60. Dix pula adalah perkataan bagi nombor 10. Jadi, bagi menyebut nombor 70, hanya tambah 60 + 10, iaitu, gabungkan Soixante dan Dix.
Secara Matematiknya,
60 + 10 = 70
Soixante + Dix = Soixante-dix
Baiklah, sekian rumus Matematik daripada saya :)
(Menaip entri ini, saya langsung teringat kepada rakan saya, Cik Mal)
Waida Yusof,
20 Sept 2012
Kuala Lumpur