3 Mei 2011
"Hati-hati!"
Ya, teguran itu benar-benar datang dalam bahasa ibunda.
Suara itu menegur lembut kami ketika melintas jalan. Datangnya ia dari dua orang wanita dari atas motorsikal.
Adakalanya, saya terlupa jalan di bandar raya lama ini lebih di"kuasai" motorsikal dan basikal. Mereka lebih menakutkan berbanding kereta!
 |
| Deretan basikal yang diparkir memenuhi tepi jalan |
Petang itu, misi mencari makanan halal bermula!
Berpatah semula ke stesen keretapi dari hostel begitu menyeronokkan. Tambahan pula, dalam cuaca nyaman begini, saya seakan-akan mahu berlari. Namun, sayang sekali, keadaan kaki kiri kurang mengizinkan.
Lima belas minit kemudian, selepas melalui dua terusan, kami bertemu sebuah kedai Arab di celah-celah kedai.
Menakjubkan betul melihat pemilik kedai makan ini. Dialah penyambut tetamu, pelayan, tukang masak, dan, juga juruwang. Betul-betul multi-tasking orangnya!
 |
| Di belakang kaunter itulah tuan punya kedai ini |
Memesan Falafel. Rasanya seperti kuih vadai. Rupanya juga begitu!
 |
| Bulat-bulat hitam itulah falafel |
Selesai makan, misi mencari masjid di bumi Amsterdaam pula. Oh ya, pemilik kedai ini juga penunjuk arah yang cemerlang. Sanggup dia melakar peta kasar buat kami bertiga.
Mencabar juga rupanya mencari masjid ini. Dua tiga kali kami melewati barisan bangunan yang diceritakan. Akhirnya, kami mencari masjid itu sambil melihat bumbung.
Sebenarnya, pintu masuk ke masjid ini hanyalah sebuah pintu putih! Syukurlah kepada Tuhan, kami tergerak hati bertanya kepada sebuah kedai roti Turki.
 |
| Ruang di dalam masjid |
 |
| Ruang belajar ini bersebelahan ruang solat wanita |
 |
| Gambar buletin masjid pun mahu ambil! |
Pengalaman utama di sini adalah ke"sengsara"an mengambil wuduk dengan air dingin!
Agenda seterusnya sudah tentu berjalan-jalan di sekitar bandar tua ini.
 |
| Bangunan berwarna hitam itu adalah Muzium Anne Frank |
 |
| Kedai alat tulis merangkap buku |
 |
| Pemilik sebuah kedai buku kanak-kanak yang baik hati. |
Melihat wanita Belanda ini, saya akan tersenyum kerana beliau sungguh gigih menerangkan makna kata-kata dan puisi pada dua keping poskad berbeza.
 |
| Buah-buahan dan sayur-sayuran di sebuah kedai |
 |
| Namanya pinata. Apabila dipecahkan, gula-gula akan keluar. |
 |
| Label tingkat di sebuah pusat membeli-belah |
Akhir sekali, paling klasik kerana bertemu kedai ini! ^__^
 |
| Lihat nama kedai ini. |
Waida Yusof, 12 Okt 2011
PS: Mohon bertabah menunggu entri Travelog Eropah ini ditulis. Saya akan bergigih menulisnya tidak kira waktu. Semoga berjaya, Waida!
Bagusnya. Memang menarik membaca catatan (melihat gambar juga) dan buat hati melompat ingin ke sana juga. Wah! Pemilik kedai yang multitasking itu memang mengagumkan.
ReplyDeleteTeruskan menulis (kami akan bertabah menanti):D
Terima kasih Izanor! :D (Terlupa pula tiada butang LIKE di sini. Keh Keh Keh.
ReplyDelete