Pages

Showing posts with label Little Garuda. Show all posts
Showing posts with label Little Garuda. Show all posts

Apr 25, 2015

Sayang Diri Sendiri Itu Satu Pilihan


"Hidup kita punya dua sisi,
Baik atau buruk,
Cantik atau hodoh,
Berjaya atau gagal."


Orang kampung memanggilnya, "Si Garuda Kenit."

"Kita perlu memberi nama kepada anak yatim ini. Mulai hari ini, kita akan memanggilnya Si Garuda Kenit," beritahu ketua kampung garuda kepada penduduk kampung.

Begitulah cara si Garuda Kenit mendapat nama.

---

Setiap hari Cikgu-Mama memberinya makan cacing dan minum air. Jika masih kelaparan, Si Garuda Kenit akan mencari pula cacing di dalam tanah. Walaupun begitu, selepas tiga tahun, saiz badan Si Garuda Kenit tetap sama. Badannya tetap kenit seperti namanya, sehingga ada garuda menuduh Cikgu-Mama tidak menjalankan tugasnya. Justeru, semakin berkuranglah kasih sayang Cikgu-Mama yang sedikit itu.
---

Kasihan Si Garuda Kenit. Sudahlah badannya kenit dan tidak tinggi-tinggi, sayapnya pula seperti sirip ikan. Hanya paruh merah dan cakarnya serupa garuda-garuda lain.
---

Sedikit sedutan dari buku "Little Garuda: Sayap ataupun Sirip".

Lima (5) tahun berkecimpung dalam dunia terjemahan dan penulisan, buku "Little Garuda: Sayap ataupun Sirip" adalah buku paling dekat dalam hati saya.

Buku ini sebenarnya mengingatkan saya tentang kisah pari-pari Ugly Duckling dan filem Penelope ini.

Sebuah kisah yang boleh menjadi antara manual hidup apabila kita merasakan kita berada dalam situasi yang tidak memenangkan kita.

Adakah itu hal yang sebenar-benarnya, atau hanya perangkap ilusi yang wujud dalam diri kita sahaja?

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, dapatkan harga sempena pesta buku, tetapi secara online!

Beli di sini dan dapat potongan diskaun sebanyak 50 peratus (selagi stok masih ada).

Waida Yusof,
25 April 2015
Sarawak

PS: Karya ini sebenarnya berasal dari Thailand, cetusan inspirasi dongeng klasik rakyat Thailand. Mengikut kepercayaan orang Thailand, garuda adalah binatang separuh burung dan separuh manusia. Garuda mempunyai status yang tinggi, justeru, ia selalu menjadi lambang atau simbol diraja.

PSS: Oh ya, penulis asal buku ini bernama Khoy Nuj.

Dec 8, 2011

Terjemahan Novel Kanak-kanak Pertama: Terbit!

Menjadi seorang penterjemah dan penulis, nikmat pertama adalah melihat buku terjemahan atau tulisan sendiri terbit.

Alhamdulillah, buku terjemahan saya yang ketujuh dalam tahun 2011 ini sudah terbit. Inilah juga pertama kali saya menterjemah novel kanak-kanak, iaitu, novel Little Garuda.

Little Garuda: Sayap ataupun Sirip?
Novel Little Garuda terbitan PTS ini mengisahkan perjalanan kisah seekor garuda kenit yatim piatu. Sudahlah dia yatim piatu, fizikal dia pula berbeza dengan garuda-garuda lain. Jika garuda itu simbol kepada seekor burung gagah, besar dan kuat, Little Garuda pula berbeza. Badannya kenit, bulunya berwarna ganjil, dan bersirip pula!

Ternyata, ciri-ciri Little Garuda memang berlainan benar dengan ciri-ciri biasa garuda. Itu tidak menghalang dia memasang impian ingin terbang tinggi di angkasa.

Namun, persoalan pokoknya, adakah impian itu sebenar-benar impian Little Garuda?

Membaca dan menterjemah buku ini membuatkan saya teringat kata-kata ini.

"Perkara kita sangka baik itu adakalanya buruk buat kita. Perkara kita sangka buruk, adakalanya baik buat kita."


Waida Yusof,
Disember 2011