Pages

Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

Dec 8, 2011

Terjemahan Novel Kanak-kanak Pertama: Terbit!

Menjadi seorang penterjemah dan penulis, nikmat pertama adalah melihat buku terjemahan atau tulisan sendiri terbit.

Alhamdulillah, buku terjemahan saya yang ketujuh dalam tahun 2011 ini sudah terbit. Inilah juga pertama kali saya menterjemah novel kanak-kanak, iaitu, novel Little Garuda.

Little Garuda: Sayap ataupun Sirip?
Novel Little Garuda terbitan PTS ini mengisahkan perjalanan kisah seekor garuda kenit yatim piatu. Sudahlah dia yatim piatu, fizikal dia pula berbeza dengan garuda-garuda lain. Jika garuda itu simbol kepada seekor burung gagah, besar dan kuat, Little Garuda pula berbeza. Badannya kenit, bulunya berwarna ganjil, dan bersirip pula!

Ternyata, ciri-ciri Little Garuda memang berlainan benar dengan ciri-ciri biasa garuda. Itu tidak menghalang dia memasang impian ingin terbang tinggi di angkasa.

Namun, persoalan pokoknya, adakah impian itu sebenar-benar impian Little Garuda?

Membaca dan menterjemah buku ini membuatkan saya teringat kata-kata ini.

"Perkara kita sangka baik itu adakalanya buruk buat kita. Perkara kita sangka buruk, adakalanya baik buat kita."


Waida Yusof,
Disember 2011

Jun 23, 2011

Bijak Mencatat Nota: Langkah Demi Langkah

Terima kasih, Tuhan!

Buku kedua terjemahan saya sudah diterbitkan. Terima kasih kepada rakan yang menghantar gambar buku itu, sedangkan ia masih "panas" lagi di meja editor.

Terima kasih juga kepada editor-editor saya di PTS Pro. Kalian memang cemerlang!

Kredit Foto kepada Cikpuan Azzah AR.
Dapatkannya di BookCafe segera sementara stok masih ada.

Maklumat ringkas buku ini:

Harga: RM12.00 / RM14.00
ISBN-13: 978-967-369-115-9
Tarikh Terbit: 23 Jun 2011
Jumlah Muka Surat: 72
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

----------------------------------------------------------------

Berikut adalah petikan Pengantar Penterjemah bagi buku ini.

Orang selalu berkata,"Berkhayal itu melalaikan."

Namun, kongsi penulis ini,"Ubah khayalan itu kepada sesuatu bermanfaat!"

Bisik penterjemahnya, "Siapa sangka, kita masih dapat menumpukan perhatian apa kita belajar, walaupun berkhayal."

Dalam buku ini, Bobbi DePorter menunjukkan bagaimana menguasai teknik menyalin nota dengan teknik Notes: TM. Hasilnya, kita mudah memahami dan mengingati apa kita sudah tulis. Sepintas lalu sahaja.

----------------------------------------------------------------

Rupa-rupanya, BookCafe menganjurkan Sabtu@PTS pada 26 Jun ini. Mari beramai-ramai serbu Sabtu@PTS. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Waida Yusof, 23 Jun 2011
(Mod batuk tanpa henti)

Jan 17, 2011

Interteks: Biar kena pada tempatnya

Julia Kristeva, filosofi dari Barat memperkenalkan Teori Interteks. Iaitu, teks yang wujud daripada teks. Ia boleh juga datang daripada gambar dan muzik juga.

Contoh: 
Buku AinMaisarah terbaru berjudul "Cinderellah Vs Rapunzellah" akan terbit Mac 2011 ini.

Apa yang terlintas di minda Tuan Puan itulah, interteks. Interteks wujud selepas membaca judul buku di atas.

Hari ini, saya terjumpa kedai comel berwarna biru ini ketika memandu.


Agak-agaknya, apakah jenis bisnes Home Mart ini?

Waida Yusof, Jan 2011

Jan 8, 2011

Hadirkan Diri Seratus Peratus

Penumpuan Penuh

Teori diajar Profesor Morrie. Kata beliau, manusia seringkali tidak berada sepenuhnya pada satu-satu masa dan tempat. Kita sentiasa berfikir 2,3 benda dan tidak fokus sepenuhnya kepada apa kita buat.

Malah, kita seringkali tidak benar-benar "hadir" ketika berbual dengan orang kita sayang.

Saya teringat-ingat perkara ini ketika melawat bapa saudara di Hospital Besar Kelang. Kasihan melihat beliau yang di dalam ICU. Kritikal keadaannya. Semoga ibu saudara dan sepupu-sepupu saya bertabah. Semoga Tuhan memberkati mereka semua. Amin.

 Kita tidak tahu bilakah hari terakhir kita. Kita juga tidak tahu bilakah hari terakhir orang tersayang kita. Mungkin kita harus praktis meng"hadir"kan diri pada apa kita lakukan. Selagi kita masih ada peluang dan ruang...

Waida Yusof, Jan 2011

Jan 7, 2011

Hari "Jumaat" Bersama Profesor Morrie

Tajuk asalnya, Tuedays With Morrie, atau Selasa bersama Profesor Morrie. Namun, saya membacanya hari ini, sempena saya duduk di rumah (baca: cuti sakit) kerana sakit gigi. Jadilah, Hari Jumaat Saya Bersama Profesor Morrie....

Kata ketua baru saya, "Saya lebih rela sakit di bahagian lain, kecuali sakit gigi."

>_<
Beginilah perasaan saya sejak malam tadi, sebelum tidur.

T_______T
Begini pula perasaan saya pagi tadi sehingga ubat penahan sakit menampakkan kesan.


Tiba-tiba, sudah menyimpang jauh.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi petikan entri dari buku "Selasa Bersama Profesor Morrie".

"Kadang-kadang kamu tidak percaya dengan apa yang kamu lihat, kamu perlu percaya dengan apa kamu rasa. Dan, jika kamu mahu orang lain mempercayai kamu, kamu mesti merasa yang kamu juga mempercayai mereka - walaupun kamu dalam kegelapan. Walaupun ketika kamu sedang jatuh."


Waida Yusof, Jan 2011