Pages

Showing posts with label Filem Menggugah Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Filem Menggugah Jiwa. Show all posts

Nov 16, 2014

Surreal Itu Indah

"Kata-kata yang indah akan sentiasa memukau."

Mungkin itu yang membuat saya suka mengulang tonton filem "Mr Morgan's Last Love".

Bukan kerana setting ceritanya di Perancis. Bukan juga kerana ada dialog-dialog bahasa Perancis yang saya suka mendengarnya.

Tetapi...

Kerana dialog-dialog dalam filem ini yang surreal.

Surreal itu tanda-tanda sebuah cerita akan evergreen.

Misalnya, antara kata-kata Pauline dalam filem ini.

"There's a crack in everything. That's how the light gets in."

dan dijawab Mr Morgan dengan, "You are the crack in my world."



Lagi dialog Pauline.

"I think the day we figure out everything about our lives is the day we die."

Kemudian, ada pula dialog Mr Morgan berbalas kata-kata dengan Pauline.

"You are like a cloud."

"Cloud?"

"You are the only part of my life I haven't figure out yet."

Memang cerita yang kuat didukung pula skrip kata-kata indah dan surreal akan sentiasa mempesona sesiapa pun.

Waida Yusof,
16 Nov 2014
KL

PS: Mungkin ini sebabnya saya suka bermain dengan kata-kata (baca: menterjemah).

PSS: Lagi 3 hari saya akan terbang ke Shanghai!

Sep 16, 2014

Tips Penulisan daripada Maleficent

Berhenti sebentar dua minggu dari kerja-kerja menyiapkan BBKK Stokin Biru Mat Biru dan tertonton pula filem Maleficent dalam kapal terbang.

Kredit Foto: IMDb

Maleficent sudah jadi filem favorit saya buat masa sekarang.

Melihat filem ini dari perspektif seorang pembikin (baca: penulis) cerita, banyak perkara yang menjadi dapatan saya. 

Pertama, olah sahaja cerita baru dari cerita sedia ada.

Inilah yang dipanggil teknik adaptasi. 

Kelebihannya, kita tidak perlu bersusah payah memikirkan cerita baru. Kita juga dapat men"yalahguna"kan cerita asal bagi mewujudkan interteks dalam minda pembaca.

Dengar sahaja nama Maleficent, tentu kita akan terbayang cerita "Sleeping Beauty".

Kedua, sekali-sekala tulis cerita dari perspektif watak jahat. 

Bukan semua orang mahu menjadi jahat. Malah, orang jahat sekalipun anggap diri mereka adalah orang baik. Tentu ada sebab (dan cerita) yang membuat mereka jadi begitu.

Apabila difikir semula, cerita ini sudah seakan-akan mengikut formula cerita Surah Yusuf pula.

Ketiga, wujudkan twist dalam cerita dan larilah dari klise.

Saya paling suka apabila bayangan true love dalam cerita ini bukan seperti biasa.

Mahu tahu apa dia erti true love dari sudut pandang Maleficent? 

Pergilah tonton filem ini :)

Sekian.

Waida Yusof,
16 Sept 2014
KL

PS: Sejak menjadi pembikin cerita, apabila tonton filem, minda pasti bekerja juga... n_n

PSS: Dalam formula cerita Surah Yusuf, watak jahat akan menjadi baik pada penghujung cerita.

Apr 6, 2014

Resipi Cerita Menggugah Jiwa

Tertonton pula filem animasi "The Croods" malam ini di TV dan ralit pula.

Suka melihat bagaimana manusia yang pada awalnya tinggal di dalam gua sedikit demi sedikit melawan rasa tidak tahu dan akhirnya menemui cahaya di tempat baru.

Kredit Gambar: Escapepod

Nampaknya, filem yang menggugah jiwa itu mungkin begini resipinya.

Filem Menggugah Jiwa = Cerita Kuat + Mesej Jelas + Imaginasi Hebat + Seni Ilustrasi Cantik.

Waida Yusof,
5 April 2014
KL

PS: Watak binatang dalam filem The Croods ini antara watak kesukaan saya. Favorit utama adalah watak kucing berupa singa itu :)