Pages

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Feb 7, 2015

Jika Bukan Anak Raja, Maka Menulislah

Bulan Januari 2015 ini, saya terasa kurang produktif.

Tidak laju seperti biasa.

Proses membangun manuskrip Mat Biru ketiga juga sedikit perlahan.

-_____-

Terasa tahun ini banyak perkara mahu difikirkan.

Mungkin saya patut menggunakan balik poin-poin 
dalam buku yang saya terjemahkan ini

Tahun 2015 ini, ada tiga perkara yang saya mahu fokuskan sebenarnya.

Fokus Pertama

Membangun projek BBKK Mat Biru dan Wawa bersama Cik Penulis Bersama & Tuan Ilustrator.

Ada yang mahu animasikan watak cerita ini? :)


Fokus Kedua

Membangun projek sendiri berkaitan travel writing.

Ketika berbasikal di Belgium

Fokus Ketiga?

Yang ini biarlah saya simpan sendiri....

Moga dipermudahkan Tuhan.

Amin, amin.

Waida Yusof,
7 Februari
KL

PS: Terpukul ke dahi sendiri apabila membaca kembali ayat yang saya catat ini. Daripada buku Rantau 1 Muara tulisan A. Fuadi, "Jika kau bukan anak raja dan juga bukan anak ulama besar, maka menulislah."

Sep 16, 2014

Tips Penulisan daripada Maleficent

Berhenti sebentar dua minggu dari kerja-kerja menyiapkan BBKK Stokin Biru Mat Biru dan tertonton pula filem Maleficent dalam kapal terbang.

Kredit Foto: IMDb

Maleficent sudah jadi filem favorit saya buat masa sekarang.

Melihat filem ini dari perspektif seorang pembikin (baca: penulis) cerita, banyak perkara yang menjadi dapatan saya. 

Pertama, olah sahaja cerita baru dari cerita sedia ada.

Inilah yang dipanggil teknik adaptasi. 

Kelebihannya, kita tidak perlu bersusah payah memikirkan cerita baru. Kita juga dapat men"yalahguna"kan cerita asal bagi mewujudkan interteks dalam minda pembaca.

Dengar sahaja nama Maleficent, tentu kita akan terbayang cerita "Sleeping Beauty".

Kedua, sekali-sekala tulis cerita dari perspektif watak jahat. 

Bukan semua orang mahu menjadi jahat. Malah, orang jahat sekalipun anggap diri mereka adalah orang baik. Tentu ada sebab (dan cerita) yang membuat mereka jadi begitu.

Apabila difikir semula, cerita ini sudah seakan-akan mengikut formula cerita Surah Yusuf pula.

Ketiga, wujudkan twist dalam cerita dan larilah dari klise.

Saya paling suka apabila bayangan true love dalam cerita ini bukan seperti biasa.

Mahu tahu apa dia erti true love dari sudut pandang Maleficent? 

Pergilah tonton filem ini :)

Sekian.

Waida Yusof,
16 Sept 2014
KL

PS: Sejak menjadi pembikin cerita, apabila tonton filem, minda pasti bekerja juga... n_n

PSS: Dalam formula cerita Surah Yusuf, watak jahat akan menjadi baik pada penghujung cerita.

Jul 13, 2014

écris, écris, et écris

Aujourd'hui, j'étudie français d'exercices pour deux heures. 

Tiba-tiba, mendapat seru untuk menyiapkan latihan kendiri Perancis ini

Avoir!

Waida Yusof,
Treize Juillet 2014,
Dans ma ville.

PS: Rose itu merah jambu dalam bahasa Perancis, walaupun warna hati itu kelihatan oren dalam gambar.

Apr 6, 2014

Resipi Cerita Menggugah Jiwa

Tertonton pula filem animasi "The Croods" malam ini di TV dan ralit pula.

Suka melihat bagaimana manusia yang pada awalnya tinggal di dalam gua sedikit demi sedikit melawan rasa tidak tahu dan akhirnya menemui cahaya di tempat baru.

Kredit Gambar: Escapepod

Nampaknya, filem yang menggugah jiwa itu mungkin begini resipinya.

Filem Menggugah Jiwa = Cerita Kuat + Mesej Jelas + Imaginasi Hebat + Seni Ilustrasi Cantik.

Waida Yusof,
5 April 2014
KL

PS: Watak binatang dalam filem The Croods ini antara watak kesukaan saya. Favorit utama adalah watak kucing berupa singa itu :)