Pages

Mar 19, 2014

Kunci Bahasa Itu Mendengar


"Andai mahu belajar bahasa, banyakkan mendengar. Itu sahaja."

Mudah sahaja pesanan Monsieur Hanafi tentang mempelajari bahasa baru. Saya berguru dengan beliau di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Cerita Monsieur lagi, "Saya pernah bekerja dengan orang Itali selama 7 tahun. Pada suatu hari, ketua saya berbincang dengan orang lain dalam bahasa tempatan. Kemudian, beliau bertanya adakah saya memahami apa yang mereka bincangkan dan saya katakan saya faham."

Gembira saya mendengar cerita-cerita Monsieur.

Benarlah sangkaan saya.

Belajar bahasa tidak perlu kepada ujian yang susah-susah.

Juga tidak perlu menduduki kelas mahal-mahal.

Hanya perlu hati yang gembira belajar bahasa baru dan rajin mendengar :)

Waida Yusof,
19 Mac 2014
KL

PS: Suka mendengar lagu Perancis sekarang. Ada masa boleh mendengar lagu Derniere Danse nyanyian Indila, penyanyi dari Perancis.


Mar 16, 2014

AFCC Writers & Illustrators Conference Jun 2014

Pagi ini mendapat khabar baik daripada Nadhirah.

Insya Allah, beliau juga dapat turut serta ke Asian Festival of Children's Content (AFCC) Writers & Illustrators Conference di Singapura.

Tiket 'early bird' dapat dibeli sebelum 31 Mac 2014

Tidak sabar menanti Jun! :)

Waida Yusof,
16 Mac 2014
KL

Mar 9, 2014

BBKK Stokin Biru Mat Biru

Sekitar pembikinan BBKK "Stokin Biru Mat Biru"

Storyboard 'Stokin Biru Mat Biru' dalam pembikinan

Untuk BBKK ini, saya bekerjasama dengan Nadhirah, penulis baru yang berbakat besar :)

Selepas selesai menulis teks, sekarang masa menukarkan teks ke dalam bentuk storyboard.

Apa yang saya belajar daripada Puan Fazeila dari kursuspenulisan.com, storyboard yang baik dapat membantu ilustrator merancang lukisannya.

Baiklah, terus berusaha. 
8 bulan BBKK ke Shanghai!

Waida Yusof,
9 Mac 2014
KL

Feb 9, 2014

Apa Itu Buku Bergambar Kanak-kanak (BBKK)?

Dahulu, saya sering tertanya-tanya mengapa buku tanpa tulisan ini lebih mahal dari buku bertulisan?

BBKK bertajuk "DogFish" tulisan Gillian Shields & ilustrasi oleh Dan Taylor

Malah, lagi kurang tulisan, lebih mahal pula buku ini. 0_o

Selepas berkenalan dengan cikpuan Fazeila pada tahun 2012, baru saya memahami bagaimana mahu menggunakan Buku Bergambar Kanak-kanak (BBKK).

Sejak itu, saya lebih meminati BBKK pula berbanding buku bertulisan biasa.



Selamat berkenalan dengan dunia BBKK!

Waida Yusof,
9 Februari 2014
KL

Feb 3, 2014

Projek Penulisan Terbaru - BBKK

Kalah lagi kepada kemahuan mahu menulis di sini lebih kerap -_-

Baru-baru ini, berguru dengan cikpuan Fazeila Isa, ilmu menulis Buku Bergambar Kanak-kanak (BBKK) atau Picture Book.

Kredit entri dari Facebook Tuan Zamri Mohamad.



Waida Yusof,
5 Februari 2014
KL

PS: Di dalam gambar, cikpuan Fazeila berkongsi bagaimana "storyboarding" dilakukan ketika membangunkan BBKK.

PSS: Cikpuan Fazeila juga ada berkongsi ilmu HOTS (Higher Order Thinking Skills) bagi kanak-kanak. Dapatkan maklumat lanjut di kursuspenulisan.com. 

Jan 4, 2014

Tahun Refleksi

Tahun 2013 saya banyak menyepikan diri.

Boleh dikatakan ia adalah tahun saya berdiam, refleksi, berhenti seketika dan mencari arah.

Kemudian, datang 2014 dan saya disusun Tuhan bagi menonton filem ini...



dan, membuat saya berfikir panjang tentang apa sebenarnya saya impikan dalam hidup ini.

Kata watak dalam cerita ini, "Benda yang cantik tidak perlukan perhatian."

Kata saya pula, "Benda yang ada isi akan sentiasa bersinar."

Jadi, tahun 2014 adalah tahun mencipta "isi", Insya Allah :)

Waida Yusof,
4 Jan 2014
KL

Nov 21, 2013

Kaitan Langit dan Buku

Saya mencintai langit dan isinya.



Bintang-bintang, bulan dan warna-warna pada langit. Malah, langit itu seolah-olah sebuah kanvas besar ciptaan Tuhan sehingga seringkali saya selitkan #cerita tentang langit atau bintang ke dalam karya.

Misalnya, dalam buku Pengembaraan Empat Puteri, saya selitkan fungsi bintang sebagai penunjuk arah. Semuanya gara-gara terinspirasi dengan kata-kata seseorang.

Kata dia, "Tahukah awak tiga bintang sederet itu selari dengan arah ke Kaabah?"

Waida Yusof,
KL
21 Nov 2013

PS: Nama tiga bintang sederet itu adalah Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Menarik bukan?

PSS: Insya Allah, sebuah lagi buku tulisan saya akan diterbitkan. Ceritanya tentang Puteri Elis yang bercita-cita menjadi seorang ahli kaji bintang :)