Pages

Showing posts with label Modal Kerja Penterjemah. Show all posts
Showing posts with label Modal Kerja Penterjemah. Show all posts

Nov 7, 2011

Modal Kerja Penterjemah

Jumaat lalu, saya bertemu editor bagi mengambil projek terjemahan baru.

Ia sebuah buku cerita kanak-kanak dari Itali dan sudah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia. Lalu, amatlah gembira hati ini dapat menjadi penterjemah tetap siri ini dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah!

Usai bertemu dan bertukar-tukar cerita, rupa-rupanya editor saya itu tahu berbahasa Perancis!

Sumber gambar: Mables.com

Sejak itu, tambah satu angan-angan menambah modal kerja sebagai penterjemah. Bahasa ketiga, selepas bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris.

Dan, tiba-tiba, teringat peristiwa ketika di universiti. Saya dan rakan-rakan meredah malam bagi menuntut ilmu Mandarin daripada pelajar senior. Sayang, ia terhenti setakat 2, 3 kelas sahaja.

Waida Yusof,
7 November 2011