![]() |
| Cerita pari-pari tulisan adik-beradik Grimm dari Jerman Kredit Foto: Waiatarua Publishing, NZ |
Setiap pagi, apabila Si Tukang Kasut bangun, dia mendapati kasutnya sudah siap dijahit. Perkara ini berlaku sebanyak dua malam berturut-turut. Pada malam ketiga, Si Tukang Kasut dan isterinya, akhirnya, sepakat ingin melihat siapakah yang begitu baik hati membantu mereka.
Kesudahannya, Si Tukang Kasut pula membalas kebaikan "pembantu kecil"nya itu.
(Baca cerita penuh ini di sini)
Hari ini, saya menerima kebaikan yang sama. Bangun sahaja waktu pagi, sudah ada orang menyudahkan kerja saya. (Terima kasih, adikku!)
Kebaikan yang kita terima secara senyap-senyap lebih bernilai harganya...
Waida Yusof,
Penulis Fantasi Kembara,
April 2011
