
Tiba-tiba, papan putih ini sudah bertukar fungsi. Sebenarnya, membelinya tahun lepas bagi mencatat kerja-kerja penting penulisan. (geleng kepala)
Mula berangan mahu membeli sekeping peta dunia besar dan ditampal di dinding. Kemudian, meletak magnet-magnet ini mengikut negara.
Satu pelajaran geografi yang baik juga buat anak-anak :)
Angan-angan itu percuma sahaja!
Waida Yusof,
1 Jan 2012
PS: Selamat tahun baru! Saya doakan rakan-rakan mencapai cita-cita kalian pada tahun 2012 ini. Amin!
PSS: Ada satu cita-cita besar dalam tahun 2012 ini. Moga-moga Allah lorongkan jalannya. Amin!
Waida,
ReplyDeleteSaya ada beli peta dunia yang paling besar (sekitar RM70 - 80) dari Kinokuniya. Memang memberi inspirasi untuk terus kembara. Cuma saya lekatkan peta itu pada dinding rumah, jadi tak mungkin dapat lekatkan apa-apa magnet di situ. :-)
Saya suka idea Cik Puan. :)
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru dan semoga sukses dengan semua impian yang diidamkan.
Kak Nisah,
ReplyDeleteMendapat idea pula sebaik membaca komen Kak Nisah. Saya mahu menampal peta itu pada kepingan besi sebelum menampalnya pada dinding :D Kepingan besi itu inspirasi daripada Puan Fatimah, yang memakunya pada dinding.
Puan Alin,
Terima kasih. Selamat Tahun Baru juga! ;)