Sep 16, 2014

Tips Penulisan daripada Maleficent

Berhenti sebentar dua minggu dari kerja-kerja menyiapkan BBKK Stokin Biru Mat Biru dan tertonton pula filem Maleficent dalam kapal terbang.

Kredit Foto: IMDb

Maleficent sudah jadi filem favorit saya buat masa sekarang.

Melihat filem ini dari perspektif seorang pembikin (baca: penulis) cerita, banyak perkara yang menjadi dapatan saya. 

Pertama, olah sahaja cerita baru dari cerita sedia ada.

Inilah yang dipanggil teknik adaptasi. 

Kelebihannya, kita tidak perlu bersusah payah memikirkan cerita baru. Kita juga dapat men"yalahguna"kan cerita asal bagi mewujudkan interteks dalam minda pembaca.

Dengar sahaja nama Maleficent, tentu kita akan terbayang cerita "Sleeping Beauty".

Kedua, sekali-sekala tulis cerita dari perspektif watak jahat. 

Bukan semua orang mahu menjadi jahat. Malah, orang jahat sekalipun anggap diri mereka adalah orang baik. Tentu ada sebab (dan cerita) yang membuat mereka jadi begitu.

Apabila difikir semula, cerita ini sudah seakan-akan mengikut formula cerita Surah Yusuf pula.

Ketiga, wujudkan twist dalam cerita dan larilah dari klise.

Saya paling suka apabila bayangan true love dalam cerita ini bukan seperti biasa.

Mahu tahu apa dia erti true love dari sudut pandang Maleficent? 

Pergilah tonton filem ini :)

Sekian.

Waida Yusof,
16 Sept 2014
KL

PS: Sejak menjadi pembikin cerita, apabila tonton filem, minda pasti bekerja juga... n_n

PSS: Dalam formula cerita Surah Yusuf, watak jahat akan menjadi baik pada penghujung cerita.

No comments:

Post a Comment