Jul 6, 2014

#AFCC2014 - Meraikan Yang Kurang dalam Cerita

Saya baru sahaja pulang dari Asian Festival of Children's Content (AFCC) yang berlangsung di Singapura dari 30 Mei ke 4 Jun 2014. Beberapa posting di bawah #AFCC adalah catatan ringkas saya sepanjang AFCC berlangsung.

#Siri Kuliah Ringkas AFCC 2014

Kredit Foto: Sg.Kidlander.com


Topik: Celebrating imperfections in picture books
Pengucap: Fazeila Isa (Pensyarah Pendidikan Awal dan Istimewa di UPSI)

Pertama kali mengikuti kelas cikpuan Fazeila ini, saya tertarik dengan kemampuannya bercerita kepada audiens.

Dan, sekali lagi, beliau bercerita kepada audiens di #AFCC Jun tempoh hari.

Cerita yang beliau bawakan kali ini, ditulis oleh Wendy Orr dan dilukis oleh Kim Gamble.

Kredit Foto dari Pinterest

Ini adalah kisah tentang Matthew, datuknya dan Arabella.

Sebenarnya, Arabella adalah sebuah replika kapal dan menjadi barang kesayangan datuk Matthew. Pada suatu hari, ribut datang dan melanda rumah mereka sehingga Arabella hilang!

Lalu, Matthew bertekad mencari dan membawa pulang Arabella untuk datuk.

Kelihatannya, seperti cerita biasa-biasa, bukan?

Bagaimana saya katakan jika di penghujung buku ini, penulis baru memberitahu Matthew ini berkerusi roda?

Itulah intipati cerita ini, iaitu tentang meraikan yang kurang walaupun di dalam buku bergambar kanak-kanak.

Menurut cikpuan Fazeila, masih kurang buku yang menjadikan mereka yang istimewa sebagai watak utama. Nah, andai mahu meraikan mereka, begini tips yang dikongsikan cikpuan Fazeila:-

  • Fokus kepada kelebihan, bukan kekurangan
  • Wujudkan sokongan emosi, bukan sokongan fizikal semata-mata
  • Raikan kekurangan mereka, bukan mengasihani
  • Ambil berat apa yang mereka suka dan sayangi mereka

Waida Yusof,
6 Julai 2014
KL

PS: Mendengar cerita Arabella ini, saya teringat kepada buku "The Curious Incident of the Dog in the Nightime" yang menceritakan bagaimana seorang budak autisma / bersindrom Asperger menyiasat kematian seekor anjing di kawasan rumahnya. 

No comments:

Post a Comment