Nov 4, 2012

Buku Cerita Bergambar

Dua minggu lalu, saya berkesempatan mengikuti bengkel menulis "Buku Cerita Bergambar Kanak-kanak" kelolaan KursusPenulisan.com di bawah tunjuk ajar cikpuan Fazeila Isa. 

Kami diperkenalkan dengan buku cerita bergambar klasik sepanjang zaman, "Where The Wild Things Are" tulisan dan ilustrasi oleh Maurice Sendak. 

Kredit Gambar: Wikipedia
Sebelum diberitahu cikpuan Fazeila, saya tidak menyangka buku ini sudah bertaraf klasik (Ya, ia diterbitkan pada tahun 1963. Sudah seusia dengan tarikh penubuhan Malaysia).

Pada awal penerbitannya, buku ini dilanda kontroversi kerana ilustrasi raksasa-raksasa itu. Namun, sisi ceritanya yang dekat dengan jiwa kanak-kanak, akhirnya membuat buku ini kini berada dalam senarai wajib dalam almari rumah.

Ternyata, ilustrasi yang hebat ditambah dengan pilihan kata yang menawan akan tetap menambat hati kanak-kanak.

Kata saya selepas tamat bengkel, "Ilmu paling utama hari ini, ilustrasi dapat berdiri sendiri walaupun tanpa teks. Kedua, kekuatan cerita dipersembahkan melalui teks dan ilustrasi."

Bergambar bersama trainer dan rakan sebengkel.
Kredit Foto: Puan Rihan
Waida Yusof,
4 Nov 2012
KL

No comments:

Post a Comment