Nov 28, 2011

Soalan Wajib Jawab

Pagi itu di meja makan, ayah bercerita kepada kami tentang kata-kata seorang sahabatnya. Kata-kata itu asalnya pesanan daripada ayah sahabatnya itu ketika kecil.

Kata ayah, "Sebenarnya, ada lima jenis soalan di dunia ini dan kita hanya wajib menjawab dua jenis sahaja daripadanya."

Kredit Foto: Easy Vector

Kata-kata permulaan itu benar-benar mengundang sikap ingin tahuku.

Lalu, ayah teruskan lagi ceritanya itu, apatah lagi, melihat saya dan ibu dengan muka penuh minat.

"Jenis pertama kita wajib jawab adalah soalan dari hati. Katakan, ada orang lain bertanyakan arah kepada kita kerana sesat. Itulah tanda soalan itu datang dari hati."

Tanyaku pula, "Apa jenis kedua pula, abah?"

"Kadangkala, orang bertanya kerana mahu mengesahkan sesuatu. Itulah jenis soalan kedua. Besar manfaatnya apabila kita membantu memudahkan hidupnya."

Waida Yusof,
28 November 2011

No comments:

Post a Comment