Oct 12, 2011

Travelog Eropah 6: Amsterdaam 2

3 Mei 2011

"Hati-hati!"

Ya, teguran itu benar-benar datang dalam bahasa ibunda.

Suara itu menegur lembut kami ketika melintas jalan. Datangnya ia dari dua orang wanita dari atas motorsikal.

Adakalanya, saya terlupa jalan di bandar raya lama ini lebih di"kuasai" motorsikal dan basikal. Mereka lebih menakutkan berbanding kereta!

Deretan basikal yang diparkir memenuhi tepi jalan
Petang itu, misi mencari makanan halal bermula!

Berpatah semula ke stesen keretapi dari hostel begitu menyeronokkan. Tambahan pula, dalam cuaca nyaman begini, saya seakan-akan mahu berlari. Namun, sayang sekali, keadaan kaki kiri kurang mengizinkan.

Lima belas minit kemudian, selepas melalui dua terusan, kami bertemu sebuah kedai Arab di celah-celah kedai.

Menakjubkan betul melihat pemilik kedai makan ini. Dialah penyambut tetamu, pelayan, tukang masak, dan, juga juruwang. Betul-betul multi-tasking orangnya!

Di belakang kaunter itulah tuan punya kedai ini
 Memesan Falafel. Rasanya seperti kuih vadai. Rupanya juga begitu!

Bulat-bulat hitam itulah falafel
Selesai makan, misi mencari masjid di bumi Amsterdaam pula. Oh ya, pemilik kedai ini juga penunjuk arah yang cemerlang. Sanggup dia melakar peta kasar buat kami bertiga.

Mencabar juga rupanya mencari masjid ini. Dua tiga kali kami melewati barisan bangunan yang diceritakan. Akhirnya, kami mencari masjid itu sambil melihat bumbung.

Sebenarnya, pintu masuk ke masjid ini hanyalah sebuah pintu putih! Syukurlah kepada Tuhan, kami tergerak hati bertanya kepada sebuah kedai roti Turki.

Ruang di dalam masjid

Ruang belajar ini bersebelahan ruang solat wanita


Gambar buletin masjid pun mahu ambil!
Pengalaman utama di sini adalah ke"sengsara"an mengambil wuduk dengan air dingin!

Agenda seterusnya sudah tentu berjalan-jalan di sekitar bandar tua ini.

Bangunan berwarna hitam itu adalah Muzium Anne Frank

Kedai alat tulis merangkap buku

Pemilik sebuah kedai buku kanak-kanak yang baik hati.
Melihat wanita Belanda ini, saya akan tersenyum kerana beliau sungguh gigih menerangkan makna kata-kata dan puisi pada dua keping poskad berbeza.

Buah-buahan dan sayur-sayuran di sebuah kedai

Namanya pinata. Apabila dipecahkan, gula-gula akan keluar.

Label tingkat di sebuah pusat membeli-belah
 Akhir sekali, paling klasik kerana bertemu kedai ini! ^__^

Lihat nama kedai ini. 
Waida Yusof, 12 Okt 2011

PS: Mohon bertabah menunggu entri Travelog Eropah ini ditulis. Saya akan bergigih menulisnya tidak kira waktu. Semoga berjaya, Waida!

2 comments:

  1. Bagusnya. Memang menarik membaca catatan (melihat gambar juga) dan buat hati melompat ingin ke sana juga. Wah! Pemilik kedai yang multitasking itu memang mengagumkan.

    Teruskan menulis (kami akan bertabah menanti):D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Izanor! :D (Terlupa pula tiada butang LIKE di sini. Keh Keh Keh.

    ReplyDelete