Dec 27, 2010

Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010

Akhirnya, PBKKL 2010 tamat!

Ini kali pertama Pesta Buku Kanak-kanak diadakan di Malaysia. Sayangnya, hanya sekali dapat bertandang ke sana. (dek cuti yang sudah kehabisan sebaik tiba hujung tahun. Oh!)

Walaupun hanya sehari, mari lihat apa hasil saya bawa pulang dari pesta buku kali ini. ^___^


Tada!
Lebih menarik, kos membeli buku kali ini, hanya RM14++ (diulangi, HANYA RM14++). Bukankah ia murah bagi 4 buah buku?

Baiklah. Berapakah harga sebenarnya?
Harga asalnya adalah RM140.

Semuanya gara-gara jualan lambak oleh satu kedai buku ternama. (Diskaun diberi adalah 90 peratus).


Hampir 1 jam saya berdiri di situ membelek buku di hampir 4, 5 buah meja. Tabahnya saya kerana saya tidak mahu terlepas buku-buku menarik. Apatah lagi, sekiranya tiba-tiba tertengok rakan-rakan lain berkongsi gambar buku mereka di FB. Itu sangatlah tidak menyenangkan...

Sebenarnya, ada satu gambar buku tidak diambil. Itu mahal harganya (lebih baik tidak disebut, supaya kalian tidak tersedak membacanya).

Namun, apabila mengenangkan kata-kata sifu, "ROI! ROI!", saya mengagahkan diri bagi membelinya. Semoga buku baru ini membantu dalam projek penulisan terkini. Amin!

Nota: ROI = Return of Investment

Waida Yusof, Dis 2010

No comments:

Post a Comment